"Nothing quite has reality for me till I write it all down--revising and embellishing as I go. I'm always waiting for things to be over so I can get home and commit them to paper"

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012....

Wallaweh....dalam diam x diam...pejam celik...pejam celik...dah nak masuk 2013..cam cepat je mase skang nih...

Ari nih dah last day for the 2012...ape agaknye aktiviti and plan aku erk...errrmmmm....cam x tau aper nak buat jer...kalo org lain msti seybuk nk celebrate berbagai...tp aku x suka plak...citer tv pn x tau ade yg best ker x mlm nih...kang kalo aku layan dvd smpai pg best gak ...or baca novel ker...ari tu pegi shopping kt Big Bad Wolf tak henggat...beli jer bacenye x jugak....adoiyaiii....

Cam sedih jer nk tinggalkan 2012 nih, sebab tahun ni banyak benda yg jadi dalam hidup aku...yang happy, sedih....sume ader...banyak juga benda yang spatutunya aku capai tahun x tercapai...anyway hopefully aku boleh divert aku punya azam tu for the next year...Insyaallah....moga Allah permudahkan segalanya...aminnnn.....


Wednesday, December 26, 2012

Do you know about yourself???

Hmmm...cam dah lama jer tak update kat blog ni..lots of things that happened to me this year...tapi entahlah harap-harap aku akan trus tabah atas ujian yang diberikan...Amin..

hahaha...pepagi ni tetiba rase cam nak wat personality test lak..sebab tetiba lak aku rasa confused dengan diri sendiri..ape yang penting untuk aku..ape yang aku suka/benci...so untuk mengetahuinya aku pun google lah...and aku tejumpa satu website ni cam interesting aje....name die quiz box..ade macam2 test kat situ...so kalo sesape nk try boleh lah try..yang agak2 konfius dgn diri sendiri tu..inilah mase nye untuk mengenali diri anda and boleh lah buat untuk azam 2013 nnt...

lepas tu aku pn jawaplah sume soklan yg dia bagi.....jeng..jeng...jeng...outcome dia adalah seperti dibawah...
/
/
/
/
/
/
/........@>---------


Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

&%@@@--- cam betul jer...

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

**** Hmmmm....

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

#### of course...mane leh trus get into relationship kalo tak kenal baik buruk org tu....

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

>>>> ingat zaman2 sekolah ker..nk puppy love or monkey love berbagai..(x sesuaiiiii)..selective tu penting....

Your views on education:
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

>>>> yg ni cam x btol..for me education come first...tapi mase blaja dlu sibuk nk cari keje..dah keje sibuk nk blaja plak..hmmm nk wat camne dah fitrah manusia cam tu...x pernah puas n bersyukur dengan ape yg ade..

The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

<<<< heheheh 120% correctooo...

How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

<<<<< bingoooo!!!!

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

>>>> that's my biggest problem...tak pernah percaya and selalu rasa rendah diri...maybe sebab diri ni tak sesempurna mane kot..but who cares nobody perfect...

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

>>> yup...all my friends pun ade cakap aku macam tu....too secretive....tp yelah takkan sume pn nk citer ngan org....

Friday, January 20, 2012

Finally...it's back!!!!!!

yeay.....hari ni dengan jasa baik my assistant manager, she informed me that Lee Hom concert will held in Malaysia on 3 March 2012 in Stadium Merdeka, KL.  Akhirnya..since last year i have been waiting for his concert, ingatkan die dah tak nak buat concert kat sini lagi....hehehe....tetapi yang sedihnye most of the tickets dah habis just left with RM268 for free seating and with numbered seating are RM298, RM388 and RM498.

Alamak, camne ni....kalo ikutkan hati macam nak pergi..i don't mind to spend about RM200++ or even RM300 to watch him again cause it is really damn worth it...

My experience attending his concert in 2009, it was awesome and really energetic and interesting performance from him.  Wish I could see his performance again this year.

But the problem is, camne lah I nak story-mory with my brother untuk allow me to go to his concert...nanti mesti die cakap x worth it lah..mahal sangat lah..duit tu kan leh spend for other things bla..bla..bla..

ADoyai camne nak convince die erk...memang nak sangat pegi nih....wahhh confius bin peninglah kalo camni....anyone that can help me or not...huahuahuahua..:-(

Thursday, January 12, 2012

"JODOH" Renungkanlah sedalam-dalamnya

Selalu kite membicarakan tentang jodoh.  Kenapa kawan2 kite dah kahwin and beranak-pinak, tapi kite still single-mingle lagi...lepas tu sibuk lah orang sekeliling pun bising bile nk kahwin....umo dh berapa..bla bla bla.... For me, I slalu advise diri sendiri and cakap jodoh blum datang nk wat camne and i pun memang 101% not ready dalam benda2 cam ni..jgn kater kahwin even nak ader serious relationship pn I x ready lagi..bkn x nak..tapi mcm pintu hati ni dh close rapat giler...and there is something more important that I need to do rather than fikirkan benda2 yang pada I agak merepek ni....dulu pernah jugak try be in relationship dlu..tp tah cam rase something yg btul2 x selesa..lepas tu after about a month kot I break off ngan dier..actually bukan break off lah tp I just left...without notice (bleh x cam tu..hahah)

Then, today I read this article and rasa cam interesting sangat..got message in it....so biler dah bace barulah faham and tersangat faham....I do also would like to share this article so that the others outside the will understand about this jodoh thing is not our control...

Renungkanlah sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


- Kredit to "1001 rahsia diri blog" - 

So, semoga dengan renugan ini tak adelah orang yang prejudis dekat orang yang tak kahwin lag nih...bukan tak nak sebenarnya...tapi maybe x confidence whether kite dapat beri yang terbaik untuk pasangan kiter atau kite dah terlampau selesa dengan keadaan and dengan aper yg kiter ader skarang....

Dalam soal jodoh ni it is beyond our control and its Allah job untuk tentukan aper yang terbaik untuk setiap umatnye...kite sebagai umatnye kena redha and berdoa agar semuanye dipermudahkan....


Tuesday, January 3, 2012

Ombak Rindu yang senduuu...



Last week bought the Ombak rindu dvd's yang dikatakan hangat sangat ceritanye and my dad pun nak sangat tengok movie tu....so i pun pergilah beli....

As one of the ombak rindu novel reader, I can say that movie tu memang tak best giler....plot cerita jauh terpesong daripada jalan citer dalam novel tu... but its okay lah bile kater nak improvise sikit la citer tu...at the end mmg tak best langsung...

plot cerita yang berterabur and tak disusun dengan kemas....wat kiter boring jer nak tengok...satu jer my advise..kalo sesiapa yang bace novel tu...you takkan berminat nak tengok filem..that's just my opinion lah...

another thing...yang orang kate citer tu sedih sangat....i watch it from beginning to the end..i sendiri pun tak tau nak nangis tang mane..jalan cerita for that filem nampak tersangat ringkas and rase macm citer tu di"cut and paste" jer....belum habis satu scene..dah disambung lak ngan another scene....maybe Msian people dah lama kot x tgk love movies ni...sebab tu jadik mcm ni....

Boleh dikatakan sume filem yg diadaptasi dr novel ni agak membosankan...daripada filem lagenda budak setan sampailah ke ombak rindu ni...harapkan publisiti jer lebih.....hopefully next time kepada sume pengarah yang ader kat Malaysia..be more creative and banyakkan membuat homework sebelum mengarahkan filem2 from novel nih....sebab mengarah filem daripada novel ni bukan senang cause all the readers dah tahu jalan cerita dia..so eventhough dia nak improvisekan isi kandungan citer tu make sure dia x lari dari jalan cerita sebenar...dari situ kite akan nampak macam maner para pengarah dapat menggunakan creativiti masing2 untuk mengolahkan cerita tu supaya lebih menarik....

Overall maybe I can just give 1 out of 5 stars for this movie...